Sharing maring UMP

Sharing maring UMP
please click picture for sharing

Monday, March 28, 2011

Ada hikmah di sebalik nya

Aku tak sangka ini yang terjadi. Aku tak pernah menduga ini yang akan berlaku pada kita. Semuanya pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Pada mulanya aku memang berniat untuk bertanya mengenai perasaan kau terhadapku. Bila kau tanya aku nak cakap apa. Aku tak cakap terus terang. Aku nak bagi kau rehat dahulu kerana baru pulang dari kerja. Kemudian baru aku tanya. Tetapi selepas kau berehat dan mandi segarkan diri. Aku tertidur. Memang awal. Pukul 10 aku sudah tidur. Boleh dikatakan hampir setiap jam kau mesej dan telefon aku. Setiap jam juga aku terbangun dan tertidur. Aku sangat tak larat. Masa mula-mula kau bagi mesej dah mandi. Aku sudah tulis mesej untuk balas. Tetapi aku tak send. Sebaliknya aku tertidur. Terlalu penat. Sampai dekat pukul 2 kau tunggu aku. Kau tertanya-tanya selama 4jam. Sampai kau tak tahan. Akhirnya kau mesej taknak kawan aku. Kau menyampah dengan aku. Belum sempat aku baca mesej kau. Kau telefon aku. Dari nada kau aku sudah tahu kau marah. Terus aku tidak tenang. Bila baca mesej kau. Terus aku tak boleh tidur. Aku telefon kau balik. Tak dapat. Aku telefon nombor satu lagi. Kau tak angkat. Kau kata jangan contact kau. Aku mesej jugak. Tapi dekat nombor lagi satu. Kau tak balas. Aku tunggu kau. Tunggu sampai tertidur. Aku cakap sory. S0ry sebab buat kau sedih. S0ry sebab buat kau tertanya-tanya. S0ry buat kau menunggu dengan lama. Lama kau tak reply. Dua hari. Aku kesedihan. Sampai lah kelmarin. Kau cakap kau hanya bergurau. Kau cakap kita tetap akan berkawan walau apapun. Aku jadi happy. Jadi gembira. Tapi hari ini? Kau senyap. Kau membisu. Aku telefon kau tak angkat. Aku mesej kau tak dapat. Lama-kelamaan aku jadi bengang. Aku rasa seperti orang bodoh. Menunggu sesuatu yang tak pasti. Aku ibaratkan hanya 5minit gembira. Dan seharian bersedih. Akhirnya aku mesej kau. Aku taknak kawan kau. Biarkan lah. Aku tak kisah. Samada kau balas atau tidak. Aku sudah tawar hati. Aku cuma mahu berkawan. Dan selayaknya kita berkawan. Tetapi jika ini yang kau buat padaku. Kawan mana yang tidak sakit hati. Mungkin ini sudah suratan takdir. Kita hanya berkawan buat seketika. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Aku tidak mahu lagi menunggu kau. Aku tinggalkan kau dalam kesepian.

2 comments:

vidadarisakura said...

errr..mungkin ko kena berusaha lagi. ;)

kunang-kunang said...

terima kasih :)