Sharing maring UMP

Sharing maring UMP
please click picture for sharing

Friday, May 13, 2011

Biar masa menentukan

Hari itu kau im (instant message) aku dalam facebook. Masa itu aku baru sahaja online internet. Kau tanya,

' hai, cari awek ke?'.

Bila kau mesej saja aku terus tergerak hati nak balas. Bila aku fikir balik, aku tak seharusnya balas. Aku tak mahu hati sesiapa disakiti lagi. Jadi aku tidak membalas. Sebaliknya aku terus offline. Aku mengambil tindakan mudah.

Sebenarnya aku bukan tidak mahu layan kau. Tapi aku khuatir akan terjadi lagi perselisihan antara kita. Perselisihan yang aku sendiri tidak tahu apa puncanya. Aku menganggap dengan cara aku membisu mungkin akan menyelamatkan keadaan kita sekarang ini.

Aku tidak tahu apa keadaan kau sekarang. Apakah yang kau lakukan. Bahagiakah hidup kau. Dan pelbagai lagi persoalan-persoalan yang bermain dalam fikiranku.

Walaupun begitu aku tetap mahu membisu. Bukan kerana keegoanku. Bukan juga aku pentingkan diri. Tetapi aku tidak mahu mengoyakkan luka lama. Aku cuma biarkan masa yang menentukan segalanya.

Dan mungkin inilah saja jawapan untuk perkaitan kita.

Thursday, April 21, 2011

Kenapa?

Hampir beberapa bulan aku sudah melupakan kau. Aku sudah tidak mesej kau. Tidak telefon kau. Aku hanya membisu. Dan kau turut membisu.

Hari ini aku tanya diriku. Apakah aku benar-benar melupakan kau. Rupanya aku telah tipu. Aku tipu diri sendiri. Aku tak boleh melupakan kau.

Walaupun sekejap perkenalan kita. Walaupun sekadar pertemuan kita. Namun tidak dapat untuk aku melupakan kau. Betullah kata orang, untuk menyayangi seseorang adalah mudah tetapi untuk melupakan seseorang adalah sukar sekali.

Bukan niatku untuk mengingat kembali. Tidak terdetik juga dengan sendiri. Sekadar mengukir segala yang tersembunyi. Mengulit segala kenangan abadi. Luahan buat permainan hati.

Setiap kali aku teringat kau. Pasti aku melakukan sesuatu. Sesuatu yang boleh menghilangkan ingatanku terhadap kau. Aku tidak mahu ingat. Aku tidak sanggup untuk ingat. Aku tidak rela untuk mengingat.

Aku sebenarnya bukan marah pada kau. Bukan juga sakit hati. Cuma aku tertanya-tanya sehingga sekarang. Cuma satu yang bermain pada kotak fikiranku. Hanya satu persoalan yang berada dalam jiwaku.

Jika aku diberi peluang. Aku mahu kau jawab.

Kenapa?

Kenapa?

Kenapa kau lakukan begini padaku?

Hanya itu sahaja soalan yang aku mahu kau jawab. Dan aku pasti jawapan kau pasti berguna. Jawapan yang akan menyebabkan penantian aku selama berbulan-bulan terhenti.

Jawapan yang akan buat aku faham. Apa maknanya ini semua.

Monday, March 28, 2011

Ada hikmah di sebalik nya

Aku tak sangka ini yang terjadi. Aku tak pernah menduga ini yang akan berlaku pada kita. Semuanya pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Pada mulanya aku memang berniat untuk bertanya mengenai perasaan kau terhadapku. Bila kau tanya aku nak cakap apa. Aku tak cakap terus terang. Aku nak bagi kau rehat dahulu kerana baru pulang dari kerja. Kemudian baru aku tanya.

Tetapi selepas kau berehat dan mandi segarkan diri. Aku tertidur. Memang awal. Pukul 10 aku sudah tidur. Boleh dikatakan hampir setiap jam kau mesej dan telefon aku.

Setiap jam juga aku terbangun dan tertidur. Aku sangat tak larat. Masa mula-mula kau bagi mesej dah mandi. Aku sudah tulis mesej untuk balas. Tetapi aku tak send. Sebaliknya aku tertidur. Terlalu penat.

Sampai dekat pukul 2 kau tunggu aku. Kau tertanya-tanya selama 4jam. Sampai kau tak tahan. Akhirnya kau mesej taknak kawan aku. Kau menyampah dengan aku. Belum sempat aku baca mesej kau. Kau telefon aku. Dari nada kau aku sudah tahu kau marah. Terus aku tidak tenang. Bila baca mesej kau. Terus aku tak boleh tidur.

Aku telefon kau balik. Tak dapat. Aku telefon nombor satu lagi. Kau tak angkat. Kau kata jangan contact kau. Aku mesej jugak. Tapi dekat nombor lagi satu. Kau tak balas.

Aku tunggu kau. Tunggu sampai tertidur. Aku cakap sory. S0ry sebab buat kau sedih. S0ry sebab buat kau tertanya-tanya. S0ry buat kau menunggu dengan lama.

Lama kau tak reply. Dua hari. Aku kesedihan. Sampai lah kelmarin. Kau cakap kau hanya bergurau. Kau cakap kita tetap akan berkawan walau apapun. Aku jadi happy. Jadi gembira.

Tapi hari ini?
Kau senyap. Kau membisu. Aku telefon kau tak angkat. Aku mesej kau tak dapat.

Lama-kelamaan aku jadi bengang. Aku rasa seperti orang bodoh. Menunggu sesuatu yang tak pasti. Aku ibaratkan hanya 5minit gembira. Dan seharian bersedih. Akhirnya aku mesej kau. Aku taknak kawan kau.

Biarkan lah. Aku tak kisah. Samada kau balas atau tidak. Aku sudah tawar hati. Aku cuma mahu berkawan. Dan selayaknya kita berkawan. Tetapi jika ini yang kau buat padaku. Kawan mana yang tidak sakit hati.

Mungkin ini sudah suratan takdir. Kita hanya berkawan buat seketika. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Aku tidak mahu lagi menunggu kau. Aku tinggalkan kau dalam kesepian.

Friday, March 18, 2011

Hanya satu ku pinta

Kau pelik hari ini. Aku tak faham. Kenapa kau buat aku tertanya-tanya. Kau ambil handset aku dan suruh aku pusingkan badan.

Aku buat. Kemudian kau pulangkan handset. Aku tengok tiada apa-apa yang kau buat. Aku jadi pelik.

Kau macam sorok sesuatu. Aku nak tahu apa yang kau sorok.

Aku juga ingin tahu. Apa yang ada di dalam hati kau. Adakah kau ada hati padaku. Atau aku hanya bertepuk sebelah tangan. Yang pasti tiada bunyinya.

Aku tunggu kau dah lama. Untuk keluar bersama kau. Tapi sayang. Bila kita dapat keluar. Kau pula perlu kerja. Mungkin tiada rezeki untuk aku luangkan lebih masa bersama kau.

Kalau kau tahu perlu kerja lebih awal. Pasti aku akan suruh kau cepatkan pertemuan kita. Aku nak bersama kau dengan tempoh yang lama. Aku nak cipta kenangan bersama kau.

Aku mohon pada kau. Tidak pernah aku bertanya sebarang pertanyaan. Aku cuma ingin tahu. Adakah kau mempunyai perasaan terhadapku. Apakah kau menyukaiku.

Hanya satu ku pinta. Hapuskan lah keraguan ini.

Tuesday, March 15, 2011

i hope not single

Aku rasa sekarang aku lah orang paling bertuah dalam dunia. Betapa gembiranya perasaan aku sekarang hanya Allah yang tahu.

Aku baru sahaja dapat hadiah dari kau. Mula-mula masa kau bagi, aku ingat biasa-biasa saja. Bunga-bunga buatan tangan kau. Walaupun biasa aku tetap gembira jugak sebab hadiah tu dari kau.

Tapi lepas aku bukak hadiah tu. Betapa terkejutnya aku. Rupanya bukan sekadar bunga saja kau bagi. Macam-macam kau bagi. Aku tergamam bila tengok rantai, keychain, dan gambar kau.

Yang paling aku suka dalam kotak hadiah kau ialah surat yang kau tulis. Aku suka sangat. Kau beritahu makna setiap barang yang kau hadiahkan. Aku baca dengan teliti. Aku terharu. Aku gembira.

Aku tak sangka ini yang kau beri sebab mengenali kau. Aku yang beria-ia sangat kenal kau. Bukan kau. Aku rasa tak layak untuk terima hadiah kau. Ianya sungguh besar buat aku.

'saya happy sangat tau tak wk..?'

Awak.
Saya mula malu. Saya malu sebab saya tak pernah bagi apa-apa dekat awak. Awk baik dengan saya. Saya rasa macam nak nangis sebab gembira sangat. Tapi saya tak nangis sebab nanti orang ingat saya pondan pula.

Awak.
Saya janji. Saya akan bagi sesuatu dekat awak jugak. Saya nak awak sekurang-kurangnya akan ingat pada saya.

Awak.
Saya nak awak tahu. Saya sudah mula sayang awak~

Sunday, March 13, 2011

Itulah kau tak tahu

Bangun tidur sebelum ni ingat makan. Bangun-bangun ingat makan. Tapi sekarang lain. Bangun tidur ingat kau. Bangun saja ingat kau.

Banyak betul halangan untuk aku kenal kau. Kenal kau yang lebih dalam. Memang susah. Dengan kawalan sekeliling kau. Susah betul nak hubungi kau.

Aku telefon kau. Tak dapat. Bila sudah balik aku telefon lagi. Aku kata aku tunggu sudah dekat sejam. Tapi bukan dekat nombor sekarang. Tapi nombor yang satu lagi. Sebab tu lah aku tak dapat jumpa kau. Rupanya kau tak pakai nombor satu lagi.

Bila kau tanya aku ok ke. Aku jadi hiba. Aku rasa kecewa. Kau cakap sori sebab buat aku kecewa. Memang aku kecewa. Aku tak cakap. Tapi aku tukar topik. Taknak rasa sedih sangat.

Itulah kau tak tahu.
Sebenarnya aku dah suka kau. Aku nak kau tahu. Aku mahukan kau. Aku nak sayang kau. Mungkin kau tak perasan. Atau buat-buat tak perasan.

Kau ikhlas tak dengan aku? Aku taknak kau jawab dekat aku. Aku nak kau sendiri tanya diri kau. Kau sebenarnya yang pilih hidup kau. Bukan sape-sape. Tiada orang boleh paksa kau untuk memilih. Tiada orang yang berhak paksa kau.

Aku mahukan yang terbaik. Buat diri kau. Pilihan terletak ditangan kau.

Sunday, March 6, 2011

Sebelum kau kukenali

Tidak tahu bagaimana hendak mula. Hatiku bagaikan berbunga kembali. Kau memberi sinaran baru buatku.

Baru-baru ini. Di suatu pagi yang indah aku ke sebuah kedai runcit untuk membeli gula-gula berasap. Dari luar aku terlihat sepasang baju kurung dipakai oleh seorang gadis.

Dari pandangan belakang tak nampak wajah. Berjalan ke kedai yang sama. Masuk saja kedai runcit lalu berpusing gadis tersebut.

'makcik, kalau t0pup 3ringgit boleh masuk terus tak?'

0h. Terpandang wajah gadis dan mendengar suaranya terus membuat jantungku berdegup kencang. Lantas terukir senyuman di bibir. Si gadis tidak membalas.

Keluar saja gadis dari kedai. Cepat-cepat aku membayar gula-gula dan keluar. Mencari-cari jejak langkah gadis. Terlihat dia mahu menunggang motor. Aku memandangnya dengan asyik.

Tak semena-mena gadis itu memandangku dan senyum padaku. Automatik aku membalas senyuman. Kali kedua dia tersenyum. Aku membalas dan pergi meninggalkan dia. Hanya sempat melihat plat moto.

Bkv. Kau membuatku jadi angau. Setiap masa teringatkan kau. Makan, tidur, mandi, buang. Semuanya bkv. Bkv. Kau akan kucari sampai dapat. ' Usaha tangga kejayaan. Jangan mengaku kalah.'

Aku sudah gila bayang. Mana kau bkv? Mana?

Bisikan naluri

Seuntai kata seindah bicara..

Aku seorang pengembala cinta..
Yang tercari-cari tempat persinggahan..
Untuk meluahkan segala isi kandungan.
Buat tawanan sang perempuan..

Sebenarnya sudah lama aku berkeinginan untuk meluahkannya. Sekarang telah aku bertemu dimana. Akan kujadikan blog ini kayangan kita. Juga khayalan cintaku padamu. Untuk hati ini, buat diri ini.

Buat permulaan cerita. Akan ku tuliskan perasaanku padamu. Sebelum mengenalimu lagi telah aku siapkan ini semua.