Hampir beberapa bulan aku sudah melupakan kau. Aku sudah tidak mesej kau. Tidak telefon kau. Aku hanya membisu. Dan kau turut membisu.
Hari ini aku tanya diriku. Apakah aku benar-benar melupakan kau. Rupanya aku telah tipu. Aku tipu diri sendiri. Aku tak boleh melupakan kau.
Walaupun sekejap perkenalan kita. Walaupun sekadar pertemuan kita. Namun tidak dapat untuk aku melupakan kau. Betullah kata orang, untuk menyayangi seseorang adalah mudah tetapi untuk melupakan seseorang adalah sukar sekali.
Bukan niatku untuk mengingat kembali. Tidak terdetik juga dengan sendiri. Sekadar mengukir segala yang tersembunyi. Mengulit segala kenangan abadi. Luahan buat permainan hati.
Setiap kali aku teringat kau. Pasti aku melakukan sesuatu. Sesuatu yang boleh menghilangkan ingatanku terhadap kau. Aku tidak mahu ingat. Aku tidak sanggup untuk ingat. Aku tidak rela untuk mengingat.
Aku sebenarnya bukan marah pada kau. Bukan juga sakit hati. Cuma aku tertanya-tanya sehingga sekarang. Cuma satu yang bermain pada kotak fikiranku. Hanya satu persoalan yang berada dalam jiwaku.
Jika aku diberi peluang. Aku mahu kau jawab.
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa kau lakukan begini padaku?
Hanya itu sahaja soalan yang aku mahu kau jawab. Dan aku pasti jawapan kau pasti berguna. Jawapan yang akan menyebabkan penantian aku selama berbulan-bulan terhenti.
Jawapan yang akan buat aku faham. Apa maknanya ini semua.